Monday, August 2, 2010

40 usahawan terima lot tanah perniaggan di Rengit

Semasa melihat berita harian, mata aku memandang satu artikel mengenai hal tanah dan orang asli ..ini sangat menarik kerana di sini menunjukkan bagaimana perihatin pihak kerajaan dengan orang asli, mereka tidak di tinggalkan di dalam arus pembagunan perdana negara kita...Alhamdulilah


2010/08/02

BATU PAHAT: Seramai 40 usahawan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit dekat sini menerima kunci lot perniagaan baru yang lebih selesa dan tersusun selepas 25 tahun menjalankan perniagaan di lot perniagaan kayu.

Lot perniagaan serta bengkel itu yang dibina membabitkan peruntukan RM3.2 juta sejak September tahun lalu adalah perkongsian pintar antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerajaan negeri yang menyediakan tanah 0.92 hektar untuk tapak premis perniagaan.
Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pembinaan lot perniagaan baru itu memberi lebih keselesaan kepada usahawan Orang Asli selain memudahkan pengunjung membeli-belah.
Beliau berkata, jika dulu Orang Asli hanya menjual hasil hutan di tepi jalan dan bergantung kepada orang tengah untuk memasarkan jualan, kini mereka sudah maju dengan terbabit secara langsung mewujudkan pasaran baru dalam pelbagai perniagaan.

“Usahawan Orang Asli sudah memiliki pendapatan puluhan ribu sebulan dan tidak kurang yang berani meneroka pasaran luar negara.

“Saya berharap perniagaan terpakai di sini terus maju kerana ia bukan saja mampu meningkatkan peluang perniagaan serta menjadi mercu tanda baru yang menjadi tumpuan pembeli dan pelancong, malah memberi gambaran baik kepada masyarakat Orang Asli negara sehingga ke peringkat global,” katanya selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci 40 unit lot niaga kepada usahawan Orang Asli di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md Ariff; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd Jabar Che Nai dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Datuk Mohd Sani Mistam dan Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Bumiputera Dalam, Siron Bongsu.
Lot perniagaan berkeluasan 6.5 X 23 meter itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat letak kereta yang luas dan sewa yang rendah.

Usahawan Orang Asli berkenaan berniaga barangan terpakai seperti perabot dan perkakasan elektrik dari Singapura sejak 1985 dan mendapat sambutan menggalakkan pemborong dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mohd Shafie berkata, pihaknya juga akan meneliti permohonan beberapa lagi usahawan Orang Asli supaya kementerian menambah lagi lot perniagaan di situ bagi memberi peluang kepada usahawan yang tidak terpilih mendapat kemudahan perniagaan.

“Kriteria utama pemilihan 40 usahawan yang ditawarkan lot ini ialah mesti peniaga asal kawasan terbabit,” katanya

sumber: Berita harian online

 semoga usaha murni berterusan supaya semua lapisan masyarakat mendapat merasai pembagunan Malaysia sekarang

No comments:

Post a Comment