Sekarang aku da hbis belajar sebagai seorang perancang...tetapi setelah keluar...baru aku tahu yang aku masih mentah dan banyak pekara yang harus aku belajar.....
time ni lah baru nak raser rugi 4 tahun belajar tapi masih raser tak cukup....
owh Autocad
owh GIS
owh Google SketchUp
takpa aku akan terus improve dan aku akan upadate blog nie..dengan info atau teori dalam perancangan yang aku raser best untuk kita kongsikan bersama2...
Sebenarnya aku ambik masa dalam 3 hari dalam menghasilkan macam ni....banyak lagi boleh di improvekan tapi memandangkan tarikh submision semakin hampir
Petak letak kereta Jalan Tun Sambanthan mansuh mulai Sabtu
29/11/2011 6:27pm
KUALA LUMPUR 29 Nov. — Bermula Sabtu ini, orang ramai tidak boleh
meletak kenderaan di sepanjang jalan Tun Sambanthan dan kawasan Little
India di sini berikutan pelaksaaan lorong khas untuk bas dan teksi di
jalan itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa berkata, lorong
khas itu adalah untuk kegunaan bas dan teksi dari arah pusat bandar raya
menghala Taman Seputeh dan Bangsar bermula dari persimpangan Jalan Tun
Sambanthan/Jalan Tun Sambanthan 4 melalui kawasan Little India ke Taman
Seputeh dan Bangsar melalui Jalan Travers.
"Lorong khas bagi bas dan teksi itu berkuatkuasa setiap hari dari 6 pagi hingga 8 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, DBKL menyediakan 41 petak letak kereta di lorong
belakang Jalan Tun Sambanthan manakala 54 petak letak kereta gantian
disediakan di belakang kawasan Little India bersebelahan Sekolah
Menengah Kebangsaan La Salle.
Ismail berkata, semua aktiviti punggah memunggah pula hendaklah
dilakukan di lorong belakang atau di lorong khas bas dan teksi antara 8
malam hingga 6 pagi sahaja.
Beliau berkata, serentak itu juga perkhidmatan bas tidak lagi
melalui Jalan Sultan Abdul Samad di Brickfields dan orang ramai
hendaklah menunggu bas di pondok menunggu yang disediakan berhampiran
Bank Hong Leong/Restoran Puteri manakala bagi perkhidmatan teksi pula
pondok menunggu disediakan bersebelahan Bank CIMB.
Semua arah laluan lain di Brickfields masih dikekalkan dan pengguna
jalan raya dinasihati mematuhi papan tanda arah lalu lintas yang
disediakan, katanya. — Bernama
Salam dah lama tak up date untuk blog ni..so semasa aku surf internet aku jumpa berita menarik tentang pembinaan taman tema yang bertemakan Star Trek punyer cerita so kat bawah ni ..adalah keratan yang aku dapat.....
Macam ni lah taman tema tu....Hurmmm
Deep breaths, Trekkies: a Star Trek theme park is in the works. A $1.5 billion Star Trektheme park, to be precise. And it just got its funding nailed down. Of course, you're going to have to go to Jordan to visit it, as only someone as ridiculously wealthy as King Abdullah of Jordan (along with some investors from America and the Gulf) would be able to finance something this ridiculous. But it's expected to be completed in 2014, and when it's opened it'll offer up "17 entertainment areas and 4 hotels on 184 acres of land." That is big!
It'll also feature attractions that showcase Jordan's history for some reason, presumably because much of Jordan's history involved William Shatner punching people in the face and sleeping with their women, as I understand it.
Here's a little snippet from The National about what you can expect:
"The resort will include hotels, theatres, dining and shopping. The entertainment will be themed around the idea of Jordan as "a crossroads of civilisations', Ms Ayoubi said.The Star Trek-themed 'space-flight adventure' will be created under licence from CBS Consumer Products, which manages the licensing of television shows including the CSI series."
Apparently King Abdullah II of Jordan is a Trekkie. Who knew?
Komen Tuah ; Macam-Macam nak buat tuk duit...buat besar-besar..kan bagus kasi duit tolong orang susah, yang kebuluran ker??aish dah pun namanya manusia nak buat camna....
Semasa melihat berita harian, mata aku memandang satu artikel mengenai hal tanah dan orang asli ..ini sangat menarik kerana di sini menunjukkan bagaimana perihatin pihak kerajaan dengan orang asli, mereka tidak di tinggalkan di dalam arus pembagunan perdana negara kita...Alhamdulilah
2010/08/02
BATU PAHAT: Seramai 40 usahawan Orang Asli yang menjalankan
perniagaan di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit dekat sini menerima kunci
lot perniagaan baru yang lebih selesa dan tersusun selepas 25 tahun
menjalankan perniagaan di lot perniagaan kayu.
Lot perniagaan serta bengkel itu yang dibina membabitkan peruntukan
RM3.2 juta sejak September tahun lalu adalah perkongsian pintar antara
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerajaan negeri yang
menyediakan tanah 0.92 hektar untuk tapak premis perniagaan.
Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata
pembinaan lot perniagaan baru itu memberi lebih keselesaan kepada
usahawan Orang Asli selain memudahkan pengunjung membeli-belah.
Beliau berkata, jika dulu Orang Asli hanya menjual hasil hutan di tepi
jalan dan bergantung kepada orang tengah untuk memasarkan jualan, kini
mereka sudah maju dengan terbabit secara langsung mewujudkan pasaran
baru dalam pelbagai perniagaan.
“Usahawan Orang Asli sudah memiliki pendapatan puluhan ribu sebulan
dan tidak kurang yang berani meneroka pasaran luar negara.
“Saya berharap perniagaan terpakai di sini terus maju kerana ia
bukan saja mampu meningkatkan peluang perniagaan serta menjadi mercu
tanda baru yang menjadi tumpuan pembeli dan pelancong, malah memberi
gambaran baik kepada masyarakat Orang Asli negara sehingga ke peringkat
global,” katanya selepas majlis perasmian dan penyerahan kunci 40 unit
lot niaga kepada usahawan Orang Asli di Kampung Bumiputera Dalam,
Rengit, dekat sini, kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Wilayah,
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md Ariff; Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd Jabar Che Nai
dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Datuk Mohd Sani
Mistam dan Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Bumiputera Dalam, Siron
Bongsu.
Lot perniagaan berkeluasan 6.5 X 23 meter itu dilengkapi pelbagai
kemudahan termasuk tempat letak kereta yang luas dan sewa yang rendah.
Usahawan Orang Asli berkenaan berniaga barangan terpakai seperti
perabot dan perkakasan elektrik dari Singapura sejak 1985 dan mendapat
sambutan menggalakkan pemborong dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Mohd Shafie berkata, pihaknya juga akan meneliti permohonan beberapa
lagi usahawan Orang Asli supaya kementerian menambah lagi lot
perniagaan di situ bagi memberi peluang kepada usahawan yang tidak
terpilih mendapat kemudahan perniagaan.
“Kriteria utama pemilihan 40 usahawan yang ditawarkan lot ini ialah
mesti peniaga asal kawasan terbabit,” katanya
sumber: Berita harian online
semoga usaha murni berterusan supaya semua lapisan masyarakat mendapat merasai pembagunan Malaysia sekarang
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai seorang pemimpin
yang mempunyai visi yang jauh dan membawa perubahan besar terhadap
semua aspek pembangunan negara.
Abdullah yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di bawah
pemerintahan Abdul Razak berkata, mantan Perdana Menteri kedua itu
boleh juga digelar sebagai Bapa Reformasi kerana perubahan yang dibawa
terutama dalam meningkatkan infrastruktur dan kemajuan di kawasan luar
bandar selain merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum.
Beliau berkata, legasi yang ditinggalkannya tetap segar dan relevan
kerana merintis jalan membangunkan rakyat pelbagai kaum, sesuai dengan
gelaran beliau sebagai Bapa Pembangunan.
Ketika pentadbiran Abdul Razak, pembangunan adalah agenda
utamanya ter-utama dalam membangunkan kawasan luar bandar. Jadi tidak
hairanlah di bawah kepemimpinan beliau, pelbagai agensi ditubuhkan
termasuk FELDA, FELCRA, Pertubuhan Peladang dan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) bagi membantu golongan luar bandar bagi mengimbangi ekonomi
antara penduduk luar bandar dan bandar dan agensi ini masih lagi
diteruskan sehingga kini, katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Pengkisahan 1 dalam program
khas Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan Suatu Pengkisahan anjuran
Orlaith Inc Sdn Bhd dan Yayasan Perikatan Malaysia di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.
Selain Abdullah, panel dalam sesi itu terdiri daripada Tan Sri
Michael Chen, Tan Sri GK Rama Iyer dan Tan Sri Arshad Ayub dan Tun Ahmad
Sarji Abdul Hamid sebagai moderator.
Abdullah berkata, Abdul Razak adalah arkitek pembangunan Malaysia
kerana mewujudkan pelbagai asas dalam kemajuan yang dikecapi selama ini
terutama dalam merapatkan jurang ekonomi antara kaum serta meningkatkan
pembangunan luar bandar.
Sementara itu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara yang juga veteran
MCA, Tan Sri Michael Chen, berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
diwujudkan di bawah pentadbiran Allahyarham sering disalah tafsir pihak
tertentu sedangkan tujuan kewujudannya untuk mengimbangi taburan
kekayaan negara secara saksama.
Katanya, dakwaan kononnya DEB tidak adil kepada bukan Bumiputera
adalah tidak benar sebaliknya ia diwujudkan untuk memberi keseimbangan
terhadap kekayaan ketika itu hasil daripada pemerintahan penjajah.
DEB adalah satu dasar yang adil kepada semua. Ia bukan satu
perlindungan terhadap sesuatu kaum tetapi ketika itu ia adalah
memperbetulkan semula ketidakseimbangan dalam taburan kekayaan negara
dan kebetulan masyarakat yang memerlukan ketika itu adalah orang Melayu
dan Bumiputera.
Ketidakseimbangan ini akan menyebabkan masalah dan sebab itu
berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Beliau tidak mahu perkara ini berulang
dan sebab itulah beliau mahu perbezaan ini ditangani, katanya.
Beliau berkata, Abdul Razak mengambil tanggungjawab memulihkan
semangat dan keyakinan bangsa yang pudar akibat tragedi 13 Mei dengan
DEB.